Kenali FC Sheriff Tiraspol, Pasukan Kerdil Yang Mengejutkan Real Madrid
Trivia
SkySports
Advertisements

Pasukan FC Sheriff Tiraspol menjadi tumpuan setelah mengejutkan juara 13 kali Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Real Madridi dengan jaringan 2 gol berbalas 1 sekaligus menjadikan FC Sheriff sebagai pendahulu kumpulan D yang dianggotai oleh pasukan-pasukan besar iaitu Real Madrid, Inter Milan dan juga Shakhtar Donetsk.

FC Sheriff Tiraspol boleh dianggap sebagai pasukan yang baru setahun jagung dan juga kerdil berbanding dengan ahli kumpulan D yang lain kerana pasukan ini baru ditubuhkan pada 24 tahun yang lalu tepatnya pada tahun 1997. Pasukan ini berasal daripada Tranistria, sebuah negara yang tidak diakui oleh PBB dan masih dianggap sebahagian daripada Moldova. FC Sheriff kemudian dapat bermain di liga Moldova secara sah setelah negara Moldova menjadikan Tranistria sebagai sebuah daerah khusus sebahagian daripada Moldova.

Sheriff Tiraspol bermula disebabkan keinginan oleh Victor Gusan, bekas polis rahsia yang ingin memiliki sebuah pasukan bola sepak. Menerusi perusahaannya yang dikenali sebagai Sheriff, beliau berjaya membeli sebuah kelab yang bermain di liga ketiga Moldova iaitu Tiras Tiraspol sebelum menukar nama kelab tersebut kepada FC Sheriff Tiraspol setahun kemudian. FC Sheriff kemudiannya tidak mengambil masa yang lama untuk bermain di peringkat tertinggi Liga Moldova. Sejak menjuarai gelar pertama Liga Moldova pada musim 2000/2001, kelab ini telah mendominasi Liga Moldova dengan menjadi juara sebanyak 19 kali. Sheriff Tiraspol juga telah menjadi juara Moldovan Cup sebanyak 10 kali dan juga Moldovan Supercup sebanyak 7 kali.

Advertisements

Musim 2021/2022 menjadi musim yang paling indah buat FC Sheriff setelah berjaya menempatkan diri dalam kejohanan UCL buat kali pertama walaupun terpaksa melalui jalan sukar dengan mengikuti proses kualfikasi  sejak babak pertama. FC Sheriff Tiraspol berhasil menewaskan Alashkert pada babak pertama dengan agregat 4-1 sebelum menewaskan Red Star Belgrade dengan jaringan 2-1 untuk bertemu dengan pasukan Dinamo Zagreb di babak playoff yang terpaksa akur bermain di Europa League setelah ditewaskan oleh FC Sheriff Tiraspol.

Walaupun dianggap sebagai pasukan belasahan di kumpulan D, FC Sheriff berjaya menewaskan lawan pertama mereka di UCL iaitu Shakhtar Donetsk dengan jaringan dua gol berbalas kosong, sebelum mengejutkan Real Madrid di Santiago Bernaubeu. Dengan dua kemenangan menentang pasukan yang lebih besar, FC Sheriff menunjukkan bahawa pasukan pasukan seperti Real Madrid dan juga Inter Milan untuk tidak memandang rendah terhadap pasukan kerdil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram