Kadangkala ada sesetengah perkara yang tidak dapat kita elakkan ketika berada di atas padang. Salah satunya adalah panggilan alam semulajadi seperti buang air kecil.
Dan baru-baru ini, satu kejadian aneh telah berlaku dalam aksi pusingan kelayakan pertama Piala FA England yang melibatkan pertemuan di antara Blackfield & Langley dan Shepton.
Penjaga gol Blackfield & Langley, Connor Maseko dilayangkan kad merah selepas didapati kencing di pagar stadium ketika perlawanan sedang berlangsung.
Insiden aneh itu berlaku pada minit ke-76 ketika kedudukan terikat seri 0-0. Ketika itu, bola telah keluar untuk sepakan gol.
“Bola keluar untuk sepakan gol,” kata pengurus bersama Blackfield & Langley FC Conor McCarthy kepada BBC Sport.
“Dia perlu pergi ke tandas jadi dia memanjat pagar dan pemain mula menjerit berkata ‘apa yang dia buat?’ kepada pengadil. Pengadil mendekatinya dan memutuskan untuk mengeluarkan pemain itu dari padang.
Perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan dan kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada Rabu ini.