Kenyataan B. Sathianathan Tentang Faisal Halim & Arif Aiman Semakin Terbukti
Harimau Malaya
NSTP
Advertisements

Mendiang B. Sathianathan pernah mengeluarkan satu kenyataan yang cukup besar terhadap duo sensasi Malaysia, Faisal Halim dan Arif Aiman yang mengundang pelbagai persepsi umum.

Bekas pengendali kebangsaan itu telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini selepas dikatakan bergelut dengan masalah kesihatan yang berpanjangan.

Jurulatih berusia 65 tahun itu pernah membimbing beberapa buah kelab di Liga Super termasuklah Kelantan, Selangor, ATM, Felda United dan lain-lain.

Advertisements

Beliau tidak pernah sesekali takut untuk menzahirkan pandangannya terhadap situasi bola sepak negara termasuklah perkembangan bakat muda di Malaysia.

Sebelum ini, bekas jurulatih Selangor ini pernah memuji kualiti yang dimiliki oleh pemain sayap The Red Giants, Faisal Halim dan juga ‘wonderkid’ Malaysia, Arif Aiman Hanapi.

Beliau memberitahu bahawa sudah pastinya ada sebab yang kukuh mengapa Selangor bersungguh-sungguh mahu mendapatkan khidmat pemain sayap lincah itu.

Advertisements

“Kalau kita lihat tiga empat tahun lepas, Faisal terkenal dengan kemampuan menyerangnya tetapi sejak dua musim ini, beliau sudah bermain turun naik.”

“Betapa rajinnya dia akan naik dan turun walaupun ada pertahanan yang melakukan ‘overlap’, beliau akan tetap turun,” jelas Sathia kepada Astro Arena.

Beliau juga pernah menyatakan bahawa persembahan yang ditampilkan oleh dua orang pemain ini membuatkannya sanggup untuk membayar tiket ke perlawanan tersebut.

Advertisements

“Saya sanggup bayar tiket kalau RM 50 sekalipun untuk melihat Faisal Halim beraksi.”

“Perkara ini sama juga dengan Arif Aiman, saya sanggup bayar tiket mahal untuk lihat beliau beraksi,” jelasnya kepada Astro Arena.

Hal ini terbukti apabila Arif Aiman menjadi pemain muda paling menyerlah bersama JDT apabila menjaringkan 6 gol dan mencatat 10 bantuan gol setakat ini.

Advertisements

Faisal Halim juga tidak kurang hebatnya apabila meledak 8 gol dan 7 bantuan gol sepanjang 17 perlawanan Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram