Advertising
Kenyataan Rasmi Kelantan Darul Naim Berkenaan Isu Halaman Facebook
Liga Super
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC

Pihak Kelantan Darul Naim telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu halaman Facebook baru-baru ini.

Pada pagi Selasa, para peminat dikejutkan dengan makluman bahawa Facebook rasmi kelab Kelantan Darul Naim FC telah memilih untuk bergerak bebas dan tidak lagi di bawah nama pasukan itu.

Ad

“Selepas ini halaman ini tidak lagi bergerak sebagai halaman rasmi kelab bola sepak Kelantan Darul Naim FC,” kata pihak admin Facebook tersebut.

Ad

“Nama halaman dan semua maklumat akan ditukar kepada satu nama yang lain dan akan beroperasi sebagai halaman muka buku bebas yang memberi fokus pada perkembangan bola sepak di negeri Kelantan serta Malaysia.”

Susulan itu, Kelantan Darul Naim FC dalam satu kenyataan di akaun Facebook yang baharu menegaskan bahawa kelab kini tidak lagi mempunyai kaitan dengan halaman tersebut akibat isu teknikal.

Ad

“Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) ingin menegaskan bahawa kelab ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan halaman Facebook bernama Kelantan United Football Club (108K pengikut) dan Kelantan Darul Naim FC (78K pengikut)”

Ad

“Atas isu teknikal yang tidak dapat dielakkan, KDN FC kini tidak menggunakan halaman-halaman tersebut sebagai saluran rasmi komunikasi, termasuk di TikTok dan Instagram

Ad

“Oleh itu, kami menasihatkan semua penyokong dan pencinta bola sepak Kelantan agar merujuk hanya kepada sumber rasmi kelab bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” ujar pihak kelab.

Pihak Kelantan Darul Naim FC meminta agar orang mengikuti halaman Facebook yang baharu bagi mendapatkan info-info terkini dan juga sahih mengenai persiapan pasukan ketika ini.