Advertising
Tiada Lagi Facebook Rasmi Kelantan Darul Naim
MakanBola
Kelantan Darul Naim
Sponsors

Facebook rasmi Kelantan Darul Naim FC kini sudah berubah nama dan wajah.

Sebuah hantaran terbaharu di Facebook tersebut menyiarkan pengumuman mengejut bahawa laman itu tidak lagi bergerak di bawah kelab Kelantan Darul Naim FC dan akan beroperasi secara bebas.

Ad

“Selepas ini halaman ini tidak lagi bergerak sebagai halaman rasmi kelab bola sepak Kelantan Darul Naim FC,” kata pihak admin Facebook tersebut.

Ad

“Nama halaman dan semua maklumat akan ditukar kepada satu nama yang lain dan akan beroperasi sebagai halaman muka buku bebas yang memberi fokus pada perkembangan bola sepak di negeri Kelantan serta Malaysia.”

Walaupun begitu, halaman tersebut akan kekal memberikan berita dan kemas kini mengenai perkembangan bola sepak negeri Kelantan khusus pembangungan akar umbi dan skuad futsal kelak.

Ad

“Halaman ini akan menyalurkan berita, informasi dan semua berkaitan kelab bola sepak di negeri Kelantan tanpa prejudis atau berpihak pada sebuah pasukan,”

Ad

“Selain turut memberi fokus pada perkembangan pasukan-pasukan pembangunan akar umbi. Kami juga akan mengemas kini maklumat berkenaan sukan Futsal Kelantan yang dijangka akan bertanding dalam saingan MPFL 2025.”

Ad

Pihak halaman itu sempat memohon maaf di atas tindakan mengejut selain menyeru orang ramai untuk bersatu padu bagi mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negeri Kelantan.

Tinjauan terkini menyaksikan nama laman Facebook tersebut sudah berubah kepada Buletin Bola Kelantan selain gambar profil juga sudah digantikan dengan yang baharu.