Advertising
Kenyataan Rasmi Kemunculan Kelantan Red Warrior
Liga Super
MakanBola
TRW Kelantan FC

Kelantan Red Warrior (KRW) bakal membuat kemunculan secara rasmi tidak lama lagi.

Perkara ini disahkan oleh pihak kelab menerusi satu kenyataan sekaligus bakal menamatkan penantian seluruh rakyat Kelantan.

Ad

Baru-baru ini, tular hantaran oleh KRW yang memberi bayangan bahawa kemunculan semula kelab gergasi Pantai Timur itu akan berlaku tidak lama lagi.

Ad

KRW meletakkan harapan besar akan berlakunya kebangkitan semula susulan pelancaran yang bakal diadakan pada 21 Disember ini.

“Dengan penuh rasa syukur, kami akan mengumumkan pelancaran rasmi Kelantan Red Warrior FC pada 21 Disember 2024.

Ad

“Majlis ini lebih daripada sekadar pelancaran sebuah kelab bola sepak. la adalah simbol harapan, kebangkitan, dan semangat seluruh rakyat Kelantan.

Ad

Pihak Kelantan Red Warrior mengajak para peminat untuk bersama-sama memeriahkan suasana di Kota Bharu pada majlis pelancaran tersebut.

Ad

“Majlis perasmian akan berlangsung di Hotel Grand Renai, Kota Bharu pada 21 Disember 2024. Kami ingin menjemput pengamal-pengamal media dan penyokong untuk turut serta bersama-sama pada hari tersebut,” ujar kenyataan kelab.

Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) juga menagih sokongan padu daripada rakyat Kelabtan bagi akan membina masa depan baharu bola sepak Kelantan dan mengembalikan kegemilangan yang pernah dimiliki.