TRW Kelantan FC didakwa bakal kembali mewarnai kancah bola sepak Malaysia.
The Red Warriors hilang dari arena bola sepak tempatan pada tahun ini susulan penyingkiran dari Liga Super termasuklah pelbagai masalah yang melanda pasukan.
Kelantan Darul Naim menjadi satu-satunya pasukan yang mewakili negeri tersebut dan sedang berjuang dalam kancah Liga Super 2024/25.
Khabar mengejutkan mula tular di laman sosial selepas kewujudan sebuah laman baru yang dikenali sebagai Kelantan Red Warrior dan memberi bayangan bakal mengembalikan era gemilang bola sepak negeri tersebut.
“Nantikan beri baik dari kami. Semoga dipermudahkan semuanya,” ujar laman tersebut.
TW Kelantan yang dimiliki oleh Norizam Tukiman sebelum ini terlepas peluang beraksi di Liga A1 Semi Pro susulan gagal mendaftarkan minimum 20 pemain dalam skuad untuk dibenarkan bersaing.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berkenaan imdividu di sebalik perancangan untuk mengembalikan kegemilangan TRW Kelantan FC ketika ini.
Kelantan menamatkan saingan Liga Super 2023 dengan dua kemenangan, dua seri dan 22 kekalahan sekaligus menghuni tangga tercorot liga.
Sebelum ini, terdapat khabar bahawa sebahagian besar pelabur TRW Kelantan FC yang tidak bersetuju dengan situasi semasa yang terjadi kepada kelab.
Kumpulan ini juga menolak Zamsaham selain difahamkan menubuhkan Gerakan Selamatkan Kelantan FC (GSK) untuk mengembalikan TRW Kelantan FC ke landasan sebenar.