Advertising
Kenyataan Terkini Pemilik Buriram Sebelum Berdepan JDT
ACL
MakanBola
BUFC/JST

Pemilik Buriram United, Newin Chidchob melaungkan kata-kata semangat buat para pemain menjelang pertemuan epik berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menerusi satu hantaran di laman facebook Buriram United, Newin menegaskan bahawa 2 jaguh terbaik Asia Tenggara akan turun bagi membuktikan kekuatan masing-masing di pentas ACLE.

Ad

“Hari ini, dua kelab terbaik ASEAN akan bertemu di padang untuk membuktikan siapa yang akan menjadi wakil tunggal ASEAN yang akan bertarung dengan pasukan terbaik Asia di Arab Saudi pada pusingan seterusnya,” kata Newin.

Ad

Oleh kerana pertarungan di Chang Arena ini bakal menjadi tumpuan, Newin mengingatkan para pemain agar sentiasa fokus demi memperoleh kemenangan dan kelebihan selesa apabila bermain di Malaysia kelak.

“90 minit perlawanan yang penuh dengan strategi dan disiplin perlu dipatuhi, kesilapan harus dielakkan sebanyak mungkin.”

Ad

“Yang paling penting, kemenangan perlu diraih kali ini untuk memberi keyakinan sebelum berkunjung ke Malaysia minggu depan agar kita boleh mengawal perlawanan.”

Ad

Newin turut berkata aksi peringkat kalah mati ACLE ini perlu dipandang serius demi memberi peluang besar buat kelab-kelab di Thailand beraksi di pentas Asia sekaligus menaikkan standard Liga Thailand.

Ad

“Hari ini, kita tidak boleh leka, tidak boleh memandang remeh dan kita perlu bersatu tenaga serta berjuang sepenuh hati. Berjuang dengan tujuan yang jelas, demi Thailand dan Thai League.”

“Ini adalah langkah besar untuk Buriram United dan memberi kesan besar buat masa depan Thai League, serta membuka peluang bagi kelab-kelab Thailand untuk naik ke tahap lebih tinggi dan bertarung di ACLE bersama kami tahun hadapan.”

“Buriram United amat beruntung kerana menjadi tuan rumah terlebih dahulu, jadi kita perlu memanfaatkan peluang untuk mendapatkan kelebihan sebanyak mungkin.”

Aksi Buriram United vs JDT akan berlangsung pada Selasa, 4 Mac di Buriram Stadium dengan sepak mula akan bermula tepat jam 10 malam waktu Malaysia.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments