Kenyataan ‘Tokong’ Punca Syafiq Ahmad Kembali Ke JDT?

Syafiq KDA Kenyataan 'Tokong' Punca Syafiq Ahmad Kembali Ke JDT?
Kedah Darul Aman FC
Ikuti Telegram MakanBola (3640)

Dunia bola sepak negara dikejutkan hari ini selepas Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan melalui satu kenyataan bahawa pemain mereka yang dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad kembali ke pangkuan mereka semula.

Namun disebalik kembalinya Syafiq ke JDT, ada berita kurang enak didengari. Ini kerana, tempoh pinjaman Syafiq ke KDA FC adalah selama satu musim namun ianya tidak terjadi apabila JDT memanggil semula Syafiq hanya selepas setengah musim bersama KDA FC.

Melalui satu ciapan twitter dari seorang pemerhati bola sepak, Juan Budiman, berkemungkinan besar Syafiq kembali disebabkan satu kenyataan seorang individu berpengaruh di Kedah yang melabel mengesyaki ada ‘tokong’ di Liga Malaysia.

Individu tersebut memberikan contoh perlawanan yang melibatkan JDT dan Negeri Sembilan FC minggu lepas yang menyaksikan pengadil memberikan tambahan 10 minit sehingga pasukan JDT berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Juan Budiman juga seperti mengiyakan punca utama kembalinya Syafiq Ahmad ke JDT. Beliau menyebut, “Kerana tokong, kelab binasa. Ching!

Manakala seorang lagi wartawan sukan, T. Avineshwaran turut memuat naik satu ciapan twitter yang telah mempamerkan statistik Syafiq di Kedah dan memberi bayangan bahawa hanya kerana satu kenyataan, segalanya berakhir buat Syafiq di Kedah.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris juga memberikan komen “Haha” dalam ruangan komen instagram Johor Southern Tigers yang mengumumkan kembalinya Syafiq Ahmad ke JDT.

Kredit: Johor Southern Tigers