Kepulangan Benjamin Mora Ke JDT Jadi Perhatian
Persahabatan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kembali ke Stadium Sultan Ibrahim sekaligus mengubat kerinduan buat peminat yang ingin menyaksikannya.

Satu perlawanan persahabatan antara Bekas Pemain, Pengurusan & Kakitangan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Dashing Bekpes Hot diadakan aksi daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menghiasi perlawanan ini.

Terdapat beberapa nama besar yang pernah beraksi buat skuad Harimau Selatan kembali menghiasi aksi ini seperti Safee Sali selain beberapa kakitangan termasuklah ketua jurulatih, Tano Solari turut mengambil bahagian.

Advertisements

Aksi itu bagaimanapun mencuri tumpuan dengan kehadiran Mora setelah hampir setahun meninggalkan Malaysia.

Beliau tampil beraksi dalam perlawanan ini yang berkesudahan dengan kemenangan besar 15-2 menjadi milik Harimau Selatan.

Benjamin Mora sebelum ini pulang ke negara kelahirannya untuk membimbing kelab Liga MX, Atlas FC namun hanya bertahan selama setahun sungguhpun berjaya membawa beberapa kenangan manis buat pasukan.

Advertisements

Khidmat jurulatih berusia 45 tahun ini bagaimanapun tidak kekal lama selepas kelab membuat keputusan untuk memecatnya susulan beberapa aksi hambar dalam perlawanan terakhir Atlas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram