Ads
Inspirasi
Perbadanan Stadim Negeri Kedah/ Baddrol Bakhtiar

Kehadiran bekas pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Darul Aman ternyata memberikan impak yang baik buat sektor sukan negeri tersebut.

Advertisements

Baru-baru ini Baddrol yang juga merupakan ADUN Gurun telah berkongsi mengenai peruntukan RM4 juta yang telah diluluskan kerajaan negeri Kedah di bawah pemerintahan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.

Advertisements

Peruntukan tersebut diluluskan bagi membaik pulih Stadium Darul Aman dari segi pencahayaan lampu dan juga menaik taraf trek larian.

Advertisements

Advertisements

Baddrol merasakan keadaan trek di stadium tersebut sangat uzur dan telah wujud sejak beliau mula bermain bola sepak lagi.

“4 juta (peruntukan) bagi membaik pulih keadaan Stadium Darul Aman. Trek tersebut telah lama berada dalam keadaan uzur, sejak saya bermain bola sepak lagi,” ucap Baddrol di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Darul Aman.

Advertisements

Biarpun sudah menceburi bidang politik, Baddrol masih belum mengumumkan persaraan. Bekas pemain Sabah itu telah melalui tahun 2023 dengan penuh peristiwa.

Untuk musim 2023, Baddrol sempat beraksi dalam 15 perlawanan buat Sabah FC dengan berjaya meledak 5 jaringan dan turut menyumbang dua bantuan gol. Namun jodohnya bersama Sabah terlerai pada Julai lalu selepas persetujuan bersama dapat dicapai kedua-dua pihak.

Advertisements

Sebulan selepas meninggalkan Sabah, Baddrol bertanding dalam Pilihanraya Negeri bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun. Baddrol mencipta kejutan apabila menang besar di DUN tersebut dengan memperoleh 17,771 undi dan majoriti sebanyak 6,684.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram