Semangat & Kerja Keras Dion Cools Memang Luar Biasa
Dunia
FA Malaysia
Advertisements


Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools mempamerkan keterujaannya untuk kembali mewakili Harimau Malaya setelah hampir 2 bulan berehat daripada tugas antarabangsa.

Pertahanan kental berusia 25 tahun ini merupakan antara watak penting pasukan dengan pengalaman berkelana di Eropah menjadi aset terbaik untuk dipertaruhkannya.

Beliau yang kini sudah pun menamatkan tempoh pinjaman bersama kelab Zulte Waregem ini sekaligus menyaksikan Cools pulang ke pangkuan kelan asalnya iaitu FC Midtjylland.

Advertisements

Walau bagaimanapun, dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh beliau di laman Instagram, bekas bintang muda Belgium ini mempamerkan semangat yang tinggi semasa menjalani sesi latihan.

Cools dilihat sedang menjalani latihan persendirian untuk mengekalkan tahap kecergasannya dalam usaha untuk terus membantu pasukan kendalian Kim Pan-gon mencipta lebih banyak kejayaan.

Hantaran Instagram story tersebut disusuli dengan kata-kata ‘Kerja, kerja’ menunjukkan komitmen yang tinggi ditampilkan oleh bekas pertahanan Club Brugge ini.

Advertisements

Sebelum ini, pertahanan kanan ini cemerlang membantu Malaysia untuk kembali menemui rentak permainan sebenar selepas mengharungi kempen yang tidak memberangsangkan dalam kejohanan Piala AFF.

Kini, Malaysia bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Myanmar dan juga Hong Kong hujung bulan ini dalam usaha untuk mencari gandingan terbaik dalam pasukan.

Ujian sebenar pasukan Harimau Malaya adalah pada Kelayakan Piala Asia nanti apabila dijadualkan bertemu Turkmenistan, Bangladesh dan juga Bahrain dalam usaha Pan-gon memastikan Malaysia melalui kempen yanh diharapkan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram