Kes Akhyar: RM300,000 Mana Cukup Bang, Kami Nak Lebih
Dunia
Advertisements

KUALA KEDAH – Kes tuntutan pampasan terhadap Akhyar Rashid masih belum berakhir dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan terus membuat tuntutan supaya nilainya ditambah, sepadan pelaburan dibuat bagi membangunkan pemain tersebut.

Setiausaha Kehormatnya, Asmirul Anuar Aris berkata, jumlah RM300,000 dirasakan masih belum mencukupi dan hanya sepadan dengan nilai pampasan untuk menebus baki kontrak semata-mata.

“Kalau ditambah dengan yuran perundangan dan sebagainya, KFA akan menerima kira-kira RM327,000. Tetapi bagaimana dengan soal latihan, perbelanjaan yang kita lakukan untuk ‘menaikkan’ pemain itu sebelum ini kerana jumlah itu juga sepatutnya diambil kira.

Advertisements

“Kita telah menerima nasihat dari peguam yang mengatakan boleh ‘masuk’ kali kedua yang memungkinkan nilai pampasan itu ditambah. Soal pemain itu mahu membuat rayuan untuk mengurangkan nilai pampasan, itu hak dia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan penyampaian faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada keluarga seorang pencarum aktif yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kampung Tengah, Kuala Kedah dekat sini hari ini.

Sementara itu katanya, KFA pada hakikatnya tidak hanya bertindak terhadap Akhyar malah turut mengambil langkah sama terhadap JDT.

Advertisements

“Dalam hal ini kita ambil tindakan terhadap kedua-duanya iaitu Akhyar dan JDT. Kes Akhyar telah dibawa ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) yang mana kita dah dapat keputusannya sementara kes JDT masih belum berlangsung, masih ada di FAM.

“Kalau tak selesai di FAM atau keputusan itu masih belum memihak kepada kita, KFA akan teruskan kes itu ke pihak berwajib seterusnya,” katanya.

Tambahnya, KFA tidak berminat untuk bercakap mengenai perkara itu dari sudut emosi atau peribadi tetapi lebih kepada dasar profesional berlandaskan undang-undang dan prinsip.

Advertisements

“Kita ada ruang kemuka hak dan Akhyar ada hak untuk merayu. Kita bergerak atas dasar profesional,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram