Sumandak Perkuat Cabaran Harimau Malaya Wanita Di Palestin
Dunia
Instagram: @famalaysia
Advertisements

Pasukan bola sepak wanita kebangsaan mendapat tonik terbaik apabila pemain yang diberi peluang untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan kali ini terdiri daripada beberapa pemain muda kelahiran negeri di bawah bayu iaitu Sabah.

Daripada senarai 23 pemain yang dibawa oleh jurulatih, Jacob Joseph, terdapat beberapa pemain yang diberi kepercayaan untuk membarisi skuad berdasarkan penialaian penuh yang telah dilakukan oleh jurulatih itu di Wisma FAM selama seminggu sebelum meneruskan latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

Dalam senarai tersebut, terdapat lapan pemain berusia 20 tahun ke bawah dengan lima berusia 18 tahun, manakala selebihnya berusia 19 tahun sekali gus bakal memberi saingan lebih sihat untuk perebutan slot dalam pasukan.

Advertisements

Namun begitu, terdapat kira-kira 11 anak kelahiran Sabah yang mendapat tempat dalam percaturan jurulatih untuk membawa cabaran negara kali ini.

Di posisi penjaga gol, terdapat dua penjaga gol yang diberi tanggungjawab menggalas tugas bagi mengawal gawang gol negara. Pemain pertama ialah Asma Junaidi yang berusia 29 tahun. Pengalaman yang luas pastinya jadi taruhan oleh Jacob untuk membimbing dua penjaga gol muda yang turut dibawa bersama.

Penjaga gol kelahiran Sabah yang kedua ialah Olevia Olga. Sungguhpun baru berusia 21 tahun, namun penjaga gol berketinggian 157 cm ini mendapat kepercayaan penuh oleh barisan kejurulatihan untuk dibawa ke kejohanan ini.

Advertisements

Pada posisi pertahanan pula, terdapat tiga prospek muda berbakat yang turut dibawa kali ini. Emily Joinin antara pemain paling muda dalam skuad penuh berbakat ini mendapat panggilan selain Nurfaizah Saidin dan juga Jessica Mailu masing-masing berusia 19 dan 21 tahun.

Sungguhpun kejohanan kali ini menjadi pentas terbaik bagi menimba pengalaman, namun kombinasi pemain muda dan pemain berpengalaman seperti Steffi Sarge Kaur dan juga Malini Nordin untuk mengemudi jentera pertahanan dilihat mampu membentuk gandingan yang baik.

Seterusnya, tenaga muda juga ditagih untuk menjadi nadi pasukan dengan 3 daripada 6 pemain dari Sabah berusia bawah 20 tahun dilihat mampu memberi impak yang besar dalam skuad ini.

Advertisements

Kehadiran pemain muda seperti Waitie Taming yang baru berusia 18 tahun selain Alice Mic Micheal dan juga pemain sensasi Harimau Malaya Wanita, Eva Olivianie Antinus bakal jadi taruhan terbaik untuk mengemudi bahagian tengah pasukan.

Gandingan bersama pemain senior seperti Dandree Rofinus dan juga Jaciah Jumilis selain Pedrolia Sikayun mampu menghasilkan kejutan di Palestin.

Kehadiran Henrietta Justine, penyerang muda yang baru sahaja berusia 19 tahun bakal membentuk gandingan yang baik bersama seorang lagi penyerang iaitu Puteri Noralisa dijangkakan bakal membentuk persefahaman yang ampuh utuk merobek gawang lawan.

Advertisements

Semoga pasukan kebangsaan wanita mampu untuk menghasilkan sesuatu bagi memperoleh keputusan yang positif di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram