Keselamatan Pemain JDT & Terengganu Beraksi Atas Padang SNBJ Wajar Diberi Perhatian
Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Tatkala berbaki kurang dua hari menjelang sepak mula Piala Malaysia 2023, keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil terus menjadi perdebatan hangat terutamanya berkenaan keselematan para pemain yang bakal beraksi.

Perlawanan yang akan berlangsung pada 8 Disember 2033 pada jam 9 malam itu menjadi bualan netizen di laman sosial tatkala satu hantaran oleh DYAM TMJ berkenaan keadaan terkini padang SNBJ mendapat respon pelbagai.

Kerisauan para penyokong terarah kepada keadaan permukaan padang yang kurang matang menyebabkan para pemain tidak dapat memperagakan aksi sebenar pada aksi berprestij Malaysia itu.

Advertisements

Menurut perkongsian laman JDT FC, penulis menyenaraikan beberapa aspek penting yang perlu dititikberatkan bagi memastikan kelancaran perjalanan perlawanan tersebut.

“Apa yang bermain di fikiran orang ramai khususnya penyokong JDT dan Terengganu sama ada padang SNBJ selamat utk digunakan oleh pemain kedua2 pasukan menjelang Final Piala Malaysia jumaat ini.”

Advertisements

“Semestinya pemain juga akan lebih berhati-hati agar tidak berlaku sebarang kecederaan serius ketika bermain atas padang yg dilihat tidak 100% memuaskan, akibat dari itu corak permainan oleh kedua-dua pasukan juga akan sedikit sebanyak terjejas,” ujar penulis.

Sebelum ini, pihak PSM pernah memaklumkan bahawa tempoh matang yang diperlukan untuk rumput mencengkam sepenuhnya adalah kira-kira 2-3 bulan susulan keadaan pada Pestabola Merdeka 2023 yang belum matang tempoh hari.

Advertisements

“Seperti yang kita sedia maklum, tempoh waktu yang terbaik bagi rumput baru mendapatkan 100% cengkaman di atas permukaan tanah adalah kurang lebih 2-3 bulan & proses menampal rumput baharu belum capai waktu seminggu selepas konsert ColdPlay yang berlansung di Stadium Nasional Bukit Jalil.”

Perlawanan akhir yang cukup berprestij ini sudah pun mencapai angka maksimum selepas jualan tiket sudah pun mencecah 90 peratus.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram