Kelibat penjaring gol negara, Nur Azfar Fikri Azhar terus menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan apabila sekali lagi mempamerkan peranan yang luar biasa untuk menundukkan Mongolia di hadapan ribuan penyokong mereka.
Sebelum ini, pemain berusia 21 tahun ini menjadi watak penting buat pasukan apabila menjadi penjaring tunggal ketika pasukan negara mencatat kemenangan ke atas pasukan Laos pada perlawanan pembukaan baru-baru ini.
Seterusnya, beliau terus mendapat kepercayaan jurulatih, Brad Maloney untuk mengetuai jentera serangan untuk turun bergandingan bersama Luqman Hakim dan juga Hakimi Abdullah.
Namun begitu, beliau tidak mensia-siakan-siakan peluang yang terhidang untuk menanduk masuk bola yang dihantar oleh rakan sepasukan untuk meletakkan pasukan negara di hadapan.
Bukan itu sahaja, beliau terus menjadi ancaman buat Mongolia kerana tidak dikawal dengan baik setelah fokus lebih terarah untuk mengawal gerakan Luqman Hakim.
Malah, Azfar juga kerap untuk turun membantu pasukan ketika bertahan terutamanya bagi menghalang serangan balas pantas yang direncanakan oleh pasukan tuan rumah.
Sungguhpun beliau tidak beraksi sepanjang 90 minit, perana yang dibawa oleh pemain Terengganu ll ini jelas memberi impak yang besar buat pasukan untuk terus mengasak kubu lawan.
Azfar kini berjaya mengumpul dua gol dalam dua penampilan dalam kejohanan ini untuk memberi sinar buat pasukan negara.
Ketika ini, Malaysia terus unggul untuk mendahului kumpulan setelah mencatat dua kemenangan berturut-turut apabila berjaya mencatat dua kemenangan ketika ini.