Ketajaman Danial Asri Jadi Kunci Selangor Harungi Kempen Cemerlang
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Prospek muda berbakat Selangor FC, Danial Asri terus menjadi watak penting buat pasukan Selangor dalam usaha untuk mara ke peringkat seterusnya apabila beliau sekali lagi meledak untuk memastikan pasukan mencatat kemenangan selesa malam tadi.

Bertemu dengan pasukan Kuching City FC yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Danial dilihat beraksi dengan sangat baik sejak awal permainan apabila gerakan lincahnya berjaya untuk memberi tekanan kepada pasukan lawan yang beraksi di laman sendiri.

Selain itu, pemain berusia 21 tahun itu juga memainkan peranan untuk membuka ruang buat rakan sepasukan melalui beberapa penciptaan peluang yang hampir meletakkan Selangor di hadapan.

Advertisements

Usaha dan kerja keras pemain muda ini membuahkan hasil apabila hantaran lintang cantik yang dilakukan oleh rakan sepasukan berjaya ditanduk masuk dengan mudah tanpa sebarang halangan yang dilakukan oleh pemain lawan.

Bukan itu sahaja, ini juga menunjukkan kualiti dan kemampuan yang dimiliki oleh pemain ini yang mampu untuk meletakkan diri dalam posisi yang sesuai untuk menjaringkan gol.

Advertisements

Sungguhpun pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang ini terpaksa berhempas pulas sebelum jaringan minit akhir yang disempurnakan oleh Nik Sharif pada masa kecederaan memastikan pasukan The Red Giants membawa pulang tiga mata berharga, namun persembahan mantap Danial terus mencuri tumpuan penonton.

Ketika ini, pasukan Selangor berada di tangga kedua kumpulan di belakang pasukan Terengganu FC yang mencatat semua kemenangan. Ini juga memastikan bahawa Selangor berada di landasan terbaik untuk layak ke peringkat seterusnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram