EPL
arsenal
Advertisements

Pemain sayap lincah pasukan Arsenal, Emile Smith Rowe terus menjadi nadi jentera ketajaman serangan pasukannya apabila beliau mencatat nama selaku penjaring tunggal dalam kemenangan 1-0 menentang Watford baru-baru ini. 

Jaringan tunggal pemain berusia 21 tahun itu sekaligus menjadikan beliau antara pemain muda di Arsenal yang berjaya menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. 

Prestasi terbaik yang ditonjolkan oleh Smith Rowe terus menjadi taruhan Arteta apabila beliau menyatakan bahawa pemain kelahiran England itu berpotensi menjadi watak utama pasukan Arsenal pada masa hadapan. 

Advertisements

“Dia mengalami musim yang luar biasa sejak dia mula bermain pada Disember. Musim yang luar biasa untuk pemain nombor 10 Arsenal bermakna dia perlu menjaringkan 15 gol dan memberikan 10 assist.”

“Kami perlu bertenang dengannya, berikan dia sokongan yang betul dan langkah demi langkah, saya fikir dia akan sampai ke sana.” kata Arteta.

Malah, kemampuan Smith Rowe untuk turun membantu pasukan dalam situasi bertahan memberi kelebihan buat pasukannya apabila hanya mencatat satu bolos dalam tiga perlawanan setakat ini. 

Advertisements
stat smith Ketajaman Smith Rowe Beri Nafas Baru Buat Arsenal Kembali Mencabar EPL
Stadium Astro

Ketika ini, pasukan Arsenal berada di tangga kelima dalam carta liga dengan kutipan sebanyak 20 mata. Jurang perbezaan hanya dua mata sahaja dibawah pasukan Liverpool. 

Harapan menyala, menandakan bahawa pasukan The Gunners kini semakin berada dalam prestasi terbaik dan berpeluang besar untuk menduduki kelompok empat terbaik dalam EPL . 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram