Ketinggian Pemain Import Perak Amat Menakutkan
Dunia
Perak Official
Advertisements

Ketinggian pemain import baharu Perak FC mencuri perhatian ramai tatkala susuk tubuhnya kelihatan cukup tegap untuk bersaing di Liga Super 2023.

Pasukan utara tanah air ini rancak melaksanakan pelan bagi musim baharu dengan kemasukan beberapa muka baharu musim ini.

Malah, pelantikan ketua jurulatih, Lim Teong Kim memperlihatkan keseriusan pasukan The Bos Gaurus dalam misi untuk mencabar kedudukan terbaik di Liga Super.

Advertisements

Namun begitu, Perak memilih untuk membawa masuk import kelahiran Nigeria, Christian Obiozor bagi menajamkan lagu barisan serangan pasukan.

Baru-baru ini, terdapat sekeping foto tular di media sosial memperlihatkan pemain berusia 29 tahun ini memiliki ketinggian yang cukup luar biasa.

Beliau dikesan berdiri ketika melayan permintaan penyokong untuk bergambar namun kepalanya kelihatan melepasi ketinggian pagar pemisah antara tmepat duduk penonton dengan kawasan trek di sebelah padang.

Advertisements

Ketinggian bekas pemain Al-Hussein SC ini adalah 1.92m dan bakal menjadi aset terbaik selaku peledak berbisa pasukan.

Ini juga menjadikan beliau antara pemain paling tinggi yang beraksi dalam Liga Super musim 2023 dengan rakan sepasukan, Hadi Fayyadh juga berketinggian 1.86m.

Perak sudah tentu mahu memperbaiki catatan musim lalu apabila sekadar berada pada kedudukan ke-10 Liga Premier dengan hanya 5 kemenangan berjaya dilakar.

Advertisements

Obiozor merekodkan satu jaringan selepas mengharungi 5 perlawanan bersama kelabnya , Tadamon Sour di Lubnan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram