Ketinggian Syihan Hazmi Jadi Pelengkap JDT Hadapi Musim 2023
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kemasukan penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi dilihat telah melengkapkan skuad tersebut bagi menghadapi jadual padat musim 2023.

Pemain berusia 27 tahun itu kini sudah mula turun menjalani latihan setelah melengkapkan perpindahan ke Selatan tanah air namun susuk tubuhnya jelas merupakan antara elemen yang diperlukan oleh JDT selama ini.

Bekas penjaga gol Negeri Sembilan ini merupakan antara pemain yang mendapat perhatian musim lalu dengan Anugerah Penjaga Gol Terbaik (ABK) 2022 membuktikan kalibernya di atas padang.

Advertisements

Umum mengetahui bahawa JDT memiliki barisan penjaga gol yang seimbang dengan pengalaman Farizal Marlias telah membawa pasukan mengecapi pelbagai kejayaan.

Namun begitu, kemasukan Syihan memberi isyarat bahawa kelab tersebut sudah mengenal pasti elemen yang perlu ditambah baik bagi membawa cabaran ke pentas tertinggi bola sepak Asia.

Menerusi satu hantaran di laman Johor Southern Tigers, JDT kini memiliki 4 penjaga gol berbakat bagi mengharungi saingan yang cukup mencabar terutamanya bagi mengekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.

Advertisements

Syihan Hazmi merupakan penjaga gol dengan ketinggian terbaik iaitu 1.85 m dan menjadi penjaga gawang paling tinggi dalam pasukan.

Farizal Marlias yang menjadi pilihan utama di JDT pula berketinggian 1.78 manakala penjaga gol simpanan Harimau Selatan, Haziq Nadzli dan Zulhilmi Saarani masing-masing berketinggian 1.76 m.

Penambahan anak jati kelahiran Kelantan ini jelas memberi impak yang positif bagi menambah baik kekuatan pertarungan bola di udara dalam pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

Advertisements

JDT bakal memulakan aksi pra-musim di Dubai dalam mempersiapkan pasukan memburu kejuaraan berprestij sebelum membuka tirai kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram