Ketua Jurulatih Seoul Phoenix Hilang Dari Radar?
MakanBola
Seoul Phoenix FC

Kelibat ketua jurulatih Seoul Phoenix dilaporkan tiada menjelang aksi Liga A1 Semi-Pro menentang Kelantan Red Warrior FC (KRW FC).

Khabar tersebut dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Ini berdasarkan tinjauan beliau ketika melihat Seoul Phoenix menjalani latihan baru-baru ini.

Jurulatih tersebut dilaporkan telah meninggalkan pasukan itu selepas ramai pemain Korea Selatan meninggalkan kelab secara beramai-ramai.

“Jurulatih Seoul Phoenix hilang dari radar, dipercayai sudah tidak lagi bersama pasukan selepas pemain dari Korea Selatan meninggalkan skuad secara beramai-ramai menjelang pertemuan menentang KRW untuk aksi Liga A1,” katanya di X.

Susulan itu, Seoul Phoenix telah mengumumkan Ariff Hashim sebagai pemangku jurulatih pasukan itu.

Sebelum ini, nama Seoul Phoenix menjadi bualan apabila mempertaruhkan 100% pemain tempatan dalam aksi menentang Perlis GSA FC.

Situasi itu turut menarik perhatian seorang ejen bola sepak Korea Selatan bernama Leo Jeong. Beliau merasa hairan tentang situasi yang melanda kelab berkenaan.