Kevin Koubemba Jadi Taruhan Barisan Serangan KL City
Dunia
gettyimages-Dave Winter
Advertisements

Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC hari ini mengumumkan kemasukan pemain import baharu iaitu Kevin Koumbemba bagi saingan Liga Malaysia musim ini.

Pemain kelahiran Perancis ini memiliki ketinggian 192cm dan bermain di posisi penyerang sekaligus mampu membentuk gandingan sempurna bersama penjaring terbanyak Piala Malaysia 2021, Romel Morales.

Penyerang skuad kebangsaan Congo ini pernah menyertai pasukan gergasi Perancis, LOSC Lille yang beraksi di saingan tertinggi liga Perancis (Ligue 1) dan Liga Juara-Juara Eropah.

Advertisements

Untuk rekod, bekas pemain Lille ini memiliki lapan penampilan bersama skuad kebangsaan Congo bermula pada tahun 2014.

Pemain berusia 28 tahun ini mempunyai pengalaman luas beraksi di Eropah sekaligus bakal menjadi taruhan jurulatih KL City FC, Bojan Hodak dalam kejohanan Piala AFC 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram