Keyakinan Tinggi Bersama Terengganu Lonjak Motivasi Safawi Rasid
Harimau Malaya
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Penyerang pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid tekad memberikan yang terbaik menerusi keyakinannya yang tinggi untuk memastikan kejayaan memihak pasukan negara.

Pemain berusia 27 tahun itu merupakan sebahagian daripada skuad yang dibawa ke Piala Asia 2023 di bawah kendalian Kim Pan-gon selain menjadi antara tunjang dalam skuad senior.

Beliau yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke pasukan Terengganu FC bagi saingan musim 2024/25 tampil dengan azam baharu.

Advertisements

Katanya, sungguhpun kerisauan tenteng persiapan Harimau Malaya itu timbul dalam kalangan penyokong, beliau yakin persiapan pasukan ketika ini berjalan dengan baik.

Anak jati Dungun, Terengganu ini juga optimis dengan percaturan yang direncanakan oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon bagi menghadapi lawan yang berada di tangga ke-80 dunia iaitu Oman.

Advertisements

“Pada saya para pemain tidak mempunyai masalah kerana pada bulan puasa kami banyak berehat cuma sekarang sudah mula berlatih.”

Beliau yakin latihan yang sudah dijalani bersama Terengganu sedikit sebanyak membantu persiapannya sebagai pemain untuk memperoleh intensiti permainan sebenar.

Advertisements

“Terengganu antara pasukan terawal memulakan latihan pra-musim dengan intensiti yang tinggi.”

“Saya datang dengan perasaan yang sedikit berbeza kerana dalam perlawanan saya boleh buat apa yang saya mahukan (tugasan bebas) jadi saya rasa tiada masalah untuk saya merebut tempat dalam kesebelasan utama.”

Advertisements

Beliau juga menyimpan hasrat untuk memberikan yang terbaik sekiranya diturunkan menentang Nepal bagi aksi persahabatan tidak lama lagi.

“Selepas sekian lama kami tidak ada perlawanan, aksi menentang Nepal amat baik untuk kami memperoleh minit bermain. Esok merupakan perlawanan yang penting buat kami sebagai pemain,” ujar Safawi Rasid ketika ditemui di Hotel Le Meridien.

Malaysia ketika ini menghuni tangga ke-132 dunia akan. bertemu Nepal dalam satu aksi persahabatan yang bakal berlangsung secara tertutup di sini sebelum berangkat ke Muscat bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram