KFC Mahu Saman Perancis
Dunia
k.mbappe
Advertisements

KFC dikatakan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pasukan kebanggsaan Perancis kerana keengganan Kylian Mbappe untuk hadiri sesi penggambaran bersama syarikat penaja.

Pegawai Eksekutif KFC, Alain Beral menyatakan bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan tegas sama ada terhadap pasukan kebanggsaan ataupun Mbappe.

“Kami sudah membayar untuk suatu perkara yang jelas. Jika perlu, kami akan mempertahankan hak kami,” kata Alain Beral dipetik daripada Inside Sport.

Advertisements

Menurut Mbappe, beliau menegaskan bahawa tidak mahu bekerjasama dengan syarikat makanan segera dan syarikat perjudian.

“Saya telah membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam sesi penggambaran selepas keengganan pasukan Perancis untuk menukar perjanjian hak imej dengan pemain,” kata Mbappe.

Persatuan Bola Sepak Perancis kini sedang menyemak semula perjanjian bersama penaja-penaja berhubung isu ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram