Advertisement
Khairul Fahmi Mahu Jadikan Penampilan Ke-6 Di Piala AFF Lebih Bermakna
Dunia
MakanBola
fahmiapexs

Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat optimis untuk berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya bagi edisi kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan berlangsung bulan Disember nanti. 

Menurut temuramah bersama pemain berusia 32 tahun itu dalam Astro Arena, beliau akui bersyukur kerana masih terpilih untuk berada dalam kelompok 28 pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya. Beliau yakin akan kemampuannya itu terus berada dalam 24 pemain terakhir yang akan menyarung jersi negara di Singapura nanti.

Walaubagaimanapun, Khairul Fahmi atau lebih dikenali Apek menyatakan bahawa tekanan yang tinggi pasti ada bagi setiap karier pemain bola sepak. Beliau juga menyifatkan tekanan yang tinggi itu bakal membantu para pemain untuk lebih bersedia bagi kejohanan paling berpestij di Asia Tenggara.  

Mengulas lanjut, penjaga gol kebanggsaan itu tekad untuk membantu skuad Harimau Malaya memburu kejuaraan bagi edisi kali ini bagi mengulangi pencapaiannya bersama pasukan kebanggsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama pada tahun 2010 yang lalu.

“Syukur kerana terpilih bagi edisi kali ini. Sebagai pemain, saya sentiasa bersedia untuk apa apa kemungkinan. Kini sasaran saya ialah untuk berada dalam skuad kali ini.”

“Bagi saya tekanan itu pasti ada dalam karier seorang bola sepak, untuk Piala AFF Suzuki kali ini tekanan itu lebih tinggi dari sebelumnya. Dengan tekanan itu lah pemain akan lebih sedia untuk kejohanan itu nanti.” 

“Saya optimis untuk berada dalam skuad terakhir bagi kejohanan itu, sudah tentu saya inginkan untuk berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya. Apa yang pihak pengurusan dan barisan jurulatih impikan, sebagai pemain juga impikan perkara yang sama. Saya mahu Piala AFF Suzuki itu sekali lagi berada di Malaysia.” katanya

Dalam pada itu, pemain kelahiran Kelantan ini sedang mengukir nama dalam buku sejarah Melaka United kerana pasukannya kini berpeluang untuk ke peringkat akhir Piala Malaysia jika berjaya menewaskan KL City FC pada aksi separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.