Disebalik Kekalahan Besar, Khairul Fahmi Pamer Aksi Terbaik
Blog
AFF
Advertisements

Kekalahan 5-1 Malaysia kepada Uzbekistan seperti sudah diramal skripnya. Mana tidaknya, Uzbekistan merupakan pasukan ke-12 terkuat di Asia berdasarkan kedudukan ranking dunia.

Kekalahan kepada Uzbekistan ternyata memperlihatkan beberapa pemain menunjukkan aksi yang bertenaga dan ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe seperti sudah mendapat bayangan skuad yang akan dibawa ke Kejohanan Piala AFF Disember ini.

Walaupun ditewaskan dengan jaringan yang besar, prestasi penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berjaya mencuri perhatian dengan aksi penyelamatan yang cemerlang.

Advertisements

Kecemerlangan beliau dalam mempertahankan gol dari dibolosi seharusnya diberi pujian. Serangan bertali arus dari pasukan Uzbekistan telah membuatkan Khairul Fahmi bekerja lebih keras.

Untuk rekod, Khairul Fahmi beraksi 18 perlawanan Liga Super musim ini untuk Melaka United dan beliau mencatatkan 4 perlawanan tanpa dibolosi.

Pemain berasal dari Kelantan ini memanfaatkan peluang yang diberkan oleh ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe dengan aksi cemerlang dan bertenaga. Untuk siri perlawanan persahabatan Harimau Malaya, beliau terpaksa bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama bersama lagi dua penjaga gol yang dibawa ke Amman Jordan iaitu Khairul Azhan (Selangor FC) dan Kalamuallah Al-Hafiz (PJ City).

Advertisements

Rata-rata peminat bola sepak tanah air berpuas hati dengan persembahan Khairul Fahmi dalam perlawanan semalam dan mengharapkan nama pemain itu dikekalkan bagi saingan Piala AFF yang dilihat menjadi sasaran realistik buat pasukan Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram