Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bahaqa Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin bakal dilantik selaku Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) JDT.
Menerusi satu kenyataan oleh TMJ menerusi laman Instagram rasminya, beliau dilihat memberi penghargaan yang cukup besar kepada bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia ini.
Malah, Baginda turut memberi bayangan bahawa individu yang mesra disapa KJ ini bakal diberikan peranan yang cukup besar di Johor.
Baginda ada memuat naik satu hantaran di laman rasmi Instagram Storynya bersama-sama Khairu Jamaludin sekaligus menggambarkan hubungan erat antara kedua individu ini.
“Bakal JDT FC CEO dan Penasihat Pemuda Johor,” tulis TMJ pada hantaran tersebut.
Pengalaman dan gabungan antara dua individu berpengaruh di Malaysia ini bakal membentuk ‘resipi’ yang cukup ampuh buat JDT dan juga Johor itu sendiri.