Khalid Jamlus: Perak Tolak Tawaran ‘Percuma’ Saya
Dunia
Photo: Facebook MakanBola
Advertisements

Lagenda bola sepak Malaysia, Muhammad Khalid Jamlus akui terkejut apabila beliau mendapat beberapa desakan daripada peminat untuk membantu pasukan Perak FC yang kini mengalami masalah besar.

Bekas pemain skuad kebangsaan itu sebelum ini mengakui pernah menawar diri untuk meneruskan legasi pasukan Perak FC. Namun, beliau menjelaskan bahawa khidmatnya itu ditolak mentah-mentah.

“Saya sendiri pun tak tahu kenapa ramai yang hubungi saya minta saya tolong bersuara apabila pasukan Perak berdepan masalah. Memang saya akan bantu, tapi saya tidak akan terburu-buru sebaliknya saya akan buat research sikit.

Advertisements

“Bila saya tawarkan diri untuk bantu pasukan secara percuma, mereka tolak saya mentah-mentah,” jelas Khalid kepada Harimau Malaya.

Walau bagaimanapun, beliau tetap mendoakan yang terbaik buat pasukan bola sepak Perak. Pintu terbuka luas, beliau sentiasa sedia untuk membantu membangunkan semula identiti Perak FC.

“Saya mendoakan agar ada sinar dan harapan saya bila dah ada orang ketuk pintu, harap bukalah demi kebaikan bola sepak Perak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram