Dunia
Football Association of Malaysia
Advertisements

Meskipun Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan penting 1-0 ke atas Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, taktikal yang digunapakai Kim Pan gon mengundang resah dalam kalangan penyokong.

Antara individu berkongsi pendapat adalah bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus yang menyifatkan strategi bertahan dan membuang bola selepas mendahului sehingga membenarkan Thailand melakukan serangan bertali arus sama sekali tidak boleh diterima.

Sambil menekankan kemenangan Harimau Malaya dibantu faktor tuah, Khalid bimbang andai strategi sama diguna Kim Pan-gon untuk aksi timbal balik di Bangkok, skuad negara akan berdepan laluan sukar untuk meneruskan kemaraan ke final.

Advertisements

“Kalau tak tukar formasi, mau jahanam pasukan kita apabila mereka (Thailand) banyak mengawal permainan. Tapi kita pulak dah main macam tahun 90-an di mana sepak ke atas, sokongan tak ada.

“Kita sentiasa tak marking pemain lawan, sentiasa bagi mereka merancang dan membuat hantaran-hantaran tepat, terlalu banyak hantaran ke dalam kotak penalti. Ini sangat-sangat bahaya, perlu sekat hantaran-hantaran tersebut, cuba sekat mereka daripada bermain di middle third,” ujar Khalid.

Khalid Screenshot Khalid Jamlus Cadang Kim Pan-gon Pertingkat Taktikal Hadapi Thailand

Tambah bekas penyerang Perak, Selangor dan Kelantan itu, “Apapun tahniah dan tabik kepada pemain yang menunjukkan semangat juang tinggi. Tetapi Sekiranya begini cara main aku tak nampak kita ke final, tuah bukan sentiasa bersama kita.

Advertisements

“Kepada penyokong semua, korang memang best, teruja melihat semangat penyokong-penyokong kita menyokong tanpa henti. Sama-sama lah kita berdoa perlawanan timbal balik nanti berpihak kepada kita.”

Mungkin ada yang senada dengan Khalid kerana apabila melihat kepada statistik selepas tamat perlawanan, Thailand boleh dikatakan mendominasi sepenuhnya perlawanan dan berjaya mencatatkan 24 percubaan ke arah gawang tatkala Malaysia cuma enam.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Malaysia meraih kemenangan menerusi jaringan tunggal Faisal Halim.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram