Khatul Anuar Beri Peringatan Buat Kelantan DN
MakanBola
Kelantan United FC

Bekas penjaga gol Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Khatul Anuar memberi peringatan kepada bekas majikannya itu untuk melunaskan segala tunggakan berkaitan gaji dan perkara-perkara lain.

Khatul yang baru menyertai Penang FC bagi saingan Liga Super 2025-2026 mendedahkan bahawa Kelantan DN masih belum melunaskan tiga bulan tunggakan gaji bagi bulan Februari, Mac dan April 2025.

Selain tiga bulan gaji yang belum dilunaskan, Khatul turut mendedahkan bahawa bayaran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dibayar selama setahun.

“Harap dapat jelaskan segera. Masih ada tiga bulan tunggakan gaji untuk tahun 2025. Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025.

“KWSP satu tahun tidak dibayar. PERKESO satu tahun tidak dibayar,” luah Khatul di Instagram Story milik beliau.

Khatul Anuar gaji tertunggak kelantan DN Khatul Anuar Beri Peringatan Buat Kelantan DN
Peringatan Khatul Anuar buat Kelantan DN di Instagram Story.

Sebelum ini, MakanBola melaporkan bahawa pihak pengurusan Kelantan DN akan menyelesaikan semua isu kewangan mereka termasuk tunggakan gaji secara berperingkat-peringkat.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Kelantan DN, Datuk Irwan Rizal Ali Nafiah yang mahukan pasukan itu memulakan saingan Liga Super 2025-2026 tanpa liabiliti.