“Khidmat Saya Bersama Negeri Sembilan Sampai Sini Saja” – Khuzaimi Piee
Dunia
NSFC1923
Advertisements

Pertahanan kental Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee akhirnya membuka mulut mengenai masa depannya bersama pasukan tersebut.

Pemain berusia 29 tahun ini merupakan tonggak utama untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan kendalian K. Devan hingga berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia.

Walau bagaimanapun, masa depannya bersama pasukan itu mula menjadi tanda tanya selepas timbul pelbagai khabar angin mengenai perpindahan beliau ke kelab gergasi tanah air.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan, beliau mengesahkan bahawa kontraknya yang bakal tamat hujung bulan ini tidak lagi disambung.

“Kontrak saya bersama Negeri Sembilan akan tamat hujung bulan ini dan untuk pengetahuan semua, khidmat saya bersama Negeri Sembilan setakat ini sahaja.”

“Saya tidak akan melupakan jasa pasukan dan para penyokong serta mengharapkan sokongan berterusan bersama pasukan baharu,” jelasnya.

Advertisements

Khuzaimi juga memaklumkan bahawa beliau ada menerima beberapa tawaran daripada kelab Liga Super namun memberi bayangan akan menyertai Selangor.

“Sebelum ini saya ada melakukan perbincangan dengan beberapa kelab, tapi masih dalam fasa permulaan dan hanya akan buat keputusan selepas kontrak saya dengan NSFC tamat.”

“Saya mungkin akan pergi Selangor,” jelasnya kepada Flash Sukan.

Advertisements

Beliau mahu mencari pengalaman baharu dan mengembangkan lagi perjalanan kariernya yang kini berada pada kemuncak prestasi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram