Khuzaimi Piee Sasar Kelompok 5 Terbaik Bersama Negeri Sembilan
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Khuzaimi Piee berharap dapat membantu pasukan itu menjadi antara pencabar utama dalam liga.

Khuzaimi menjadi sebahagian daripada trio yang sah menyertai Sang Rusa baru-baru ini. Selain beliau, Negeri Sembilan turut mendapatkan Azri Ghani dan Luqman Hakim Shamsudin.

Khuzaimi percaya dengan gabungan muka baharu dan lama, tidak mustahil Sang Rusa mampu memburu kelompok lima pasukan terbaik liga.

“Dengan campuran muka lama dan baru, sasaran untuk mencabar dalam kelompok lima terbaik boleh dicapai.

“Saya harap kami dapat bekerja sebagai satu pasukan untuk menghadapi musim akan datang,” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

Khuzaimi yang mesra disapa Jimmy turut percaya jurulatih baharu Negeri Sembilan, Nidzam Jamil mampu memberi impak positif kepada pasukan.

Ini berdasarkan pengalaman beliau beraksi di bawah bimbingan jurulatih berusia 45 tahun itu semasa bersama Selangor.

“Saya pun sudah tahu corak permainan (yang diketengahkannya macam mana). Jadi tiada masalah untuk kami bekerjasama untuk musim akan datang,” katanya.

Negeri Sembilan kini dilaporkan bakal memuktamadkan perpindahan beberapa pemain import baharu untuk menghadapi cabaran musim 2025/26.