Kim Hak-bum Ganti Peranan Brad Maloney?
Dunia
Korea Times
Advertisements

Pengunduran Brad Maloney yang mengendalikan skuad bawah 23 tahun bukanlah satu berita yang mengejutkan dan kini satu sumber menghubungi MakanBola mengatakan bahawa jurulatih daripada Korea Selatan, Kim Hak-bum dikatakan akan menggantikan posisi ditinggalkan pengendali Australia tersebut.

Beliau turut bakal membawa barisan kejurulatihan tersendiri menggantikan barisan kejurulatihan sekarang.

Nama beliau bukanlah asing dalam gosip pertukaran jurulatih apabila pernah juga dikaitkan untuk menggantikan Tan Cheng Hoe sebelum ini.

Advertisements

Antara senarai barisan kejurulatihan baru yang dikaitkan adalah Khan Hung Meng, Reuben Jude Balraj dan Yong Wai Hwang. Untuk rekod Hak-bum mengendalikan skuad B-23 Korea selama tiga tahun dan membantu negara berkenaan memenangi pingat emas Sukan Asia 2018.

Jurulatih berusia 61 tahun ini pernah bersama Song Heung Min selain memenangi emas pada Piala Asia 2022 B-23 selepas menewaskan Arab Saudi pada lewat tambahan waktu permainan. Jika benar perlantikan ini berlaku Malaysia adalah sebuah pasukan Asia Tenggara yang pertama beliau sertai selepas pernah berkhidmat di beberapa kelab di China dan Korea Selatan

Adakah perlantikan ini memudahkan proses menyamakan DNA bolasepak yang sedang diterapkan Kim Pan Gon? Sekiranya perlantikan ini benar berlaku ianya akan memudahkan kita melihat corak permainan menarik di dua skuad bawah 23 tahun dan skuad utama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram