Kim Pan-gon Ada Sebab Belum Umum Pemain Pilihan Lawan Oman
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memiliki sebab yang kukuh masih belum mengumumkan senarai pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengharungi tempoh yang cukup baik apabila memimpin Malaysia ke Piala Asia 2023 dan berjaya meraih satu mata.

Keputusan seri berdepan Korea Selatan itu diserikan lagi apabila gol peledak berbisa pasukan, Faisal Halim dinobatkan sebagai jaringan terbaik di Qatar.

Advertisements

Misi negara diteruskan apabila Harimau Malaya bakal berdepan Oman pada 26 Mac 2024 namun senarai pemain masih belum diumumkan.

Menerusi satu kenyataan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin, Pan-gon dalam fasa akhir untuk memuktamadkan barisan pilihannya.

Advertisements

“Kim Pan-gon tengah muktamadkan pemilihan pemain berdepan Oman. Sila tunggu pengumuman. Isu yang melanda ketika ini adalah disebabkan liga belum bermula, ada kekangan untuk skuad kebangsaan memanggil pemain.”

“Ada pemain sedang bercuti, ada yang baru nak bermula. Beliau sedang menghubungi pemain dan kelab, mungkin minggu ini atau minggu depan beliau akan buat keputusan,” ujarnya ketika ditemui di Armada Hotel.

Advertisements

Venue bagi aksi menentang Oman juga masih tergantung sambil Hamidin memberi bayangan dua venue alternatif iaitu Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Gong Badak, Terengganu.

Malaysia kini optimis untuk meraih kemenangan ketiga dalam kempen kelayakan selepas menewaskan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei dalam dua aksi pembukaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram