Kim Pan-gon Bagi ‘Hint’ Bakal Turunkan Guilherme De Paula
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula dijangka menjadi sandaran utama Harimau Malaya menjelang pertemuan dengan Brunei malam esok.

Pemain berusia 36 tahun itu menjadi pilihan utama ketika di bawah kendalian jurulatih terdahulu, Tan Cheng Hoe namun tidak dapat memenuhi jangkaan tinggi terhadap persembahannya.

Beliau yang kini memasuki musim keduanya bersama JDT masih tidak membuat kemunculan sekaligus menimbulkan tanda tanya terhadap prestasi semasanya.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Kim Pan-gon dalam satu temubual pra perlawanan menentang Brunei telah memberi bayangan bahawa pemain ini bakal diturunkan kelak.

Pengendali kelahiran Korea Selatan ini mahu memberi peluang sama rata terutamanya kepada para pemain yang tidak pernah dilihat aksinya bersama pasukan kebangsaan sebelum ini.

“Kita mahu mencuba alternatif lain pada perlawanan kali ini.”

Advertisements

“Kita juga mahu memberi minit permainan kepada mereka yang memerlukan dan melihat keadaan mereka seperti apa,” jelas Pan-gon dalam temubual tersebut.

Ini sekaligus menguatkan lagi spekulasi untuk melihat pemain ini beraksi kembali buat Harimau Malaya.

Sungguhpun masih belum memberi impak seperti yang diharapkan, kehadiran De Paula kali ini juga bakal menerima saingan hebat dengan nama-nama seperti Darren Lok, Syafiq Ahmad dan juga Norshahrul Idlan Talaha turut merebut slot tersebut.

Advertisements

Malaysia bakal turun berdepan Brunei sebelum menentang Hong Kong bagi persiapan terakhir menjelang Kelayakan Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram