Kim Pan-gon Bawa Jurulatih Barcelona Ke Malaysia
Dunia
Ejinsight
Advertisements

Pengendali baru Harimau Malaya, Kim Pan-gon dijangka bakal memperkuatkan barisan kejurulatihannya dengan membawa bekas jurulatih Barcelona bersama-samanya ke Malaysia.

Menurut satu laporan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, jurulatih yang dimaksudkan itu ialah Pau Marti Vicente yang juga merupakan pembantu jurulatih pasukan bawah 18 tahun Barcelona ketika ini.

Jurulatih berusia 39 tahun itu dilaporkan bakal menjadi pembantu kepada Pan-gon dalam usaha untuk membina semula pasukan negara akibat kekecewaan tersingkir awal daripada kejohanan Piala AFF kali ini.

Advertisements

Bukan itu sahaja, Marti juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kejurulatihan termasuklah pernah menjadi jurulatih pasukan muda Kitchee termasuklah pembantu jurulatih kelab yang sama sekitar tahun 2012.

Selepas itu, beliau berhijrah ke pasukan Adelaide United selama 4 tahun dan berkhidmat di sana juga sebagai pembantu jurulatih sebelum membuat keputusan untuk pulang ke negara asalnya iaitu Sepanyol.

Di Barcelona, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan termasuklah pembantu jurulatih bawah 19 tahun dan 18 tahun selain menjadi nadi buat kejurulatihan di Barcelona B selama tiga tahun.

Advertisements

Ini juga bakal menjawab teka-teki 4 orang pembantu yang bakal membantu Pan-gon semasa beliau menjalankan tugas bersama Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram