Kim Pan-gon Dan Brad Maloney Bakal Bertembung Demi Malaysia
Dunia
Team Malaysia
Advertisements

Bulan Jun ini merupakan bulan yang paling sibuk buat pasukan bola sepak kebangsaan apabila pasukan senior dan pasukan bawah 23 tahun negara bakal beraksi dalam 2 kejohanan berbeza.

Skuad senior kebangsaan kendalian Kim Pan-gon bakal turun untuk Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur. Manakala skuad bawah 23 tahun kendalian Brad Maloney pula dijangka turun beraksi dalam Kejohanan Piala Asia Bawah 23 di Uzbekistan.

Walaupun aksi kedua-dua pasukan negara ini bakal merancakkan kalendar bola sepak Malaysia, namun kedua-dua jurulatih pasti ‘pening kepala’ untuk memilih pemain-pemain yang bakal menyarung jersi keramat Harimau Malaya nanti.

Advertisements

Ini kerana kedua-dua pertandingan iaitu Piala Asia Bawah 23 dan Kelayakan Piala Asia 2023 berlangsung pada tarikh yang sama. Piala Asia Bawah 23 dijangka berlansung dari 1 Jun 2022 sehingga 19 Jun 2022. Manakala kelayakan Piala Asia 2023 dijangka berlangsung pada 8, 11 dan 14 Jun 2022.

Situasi ini dijangka bakal memperlihatkan pertembungan Kim Pan-gon dan Brad Maloney untuk membawa skuad terbaik ke kejohanan masing-masing. Kedua-dua jurulatih ini pasti sedar ada beberapa pemain di skuad senior yang masih mampu beraksi di peringkat umur bawah 23 tahun seperti Luqman Hakim Shamsudin (20 Tahun), Arif Aiman (20 Tahun), Ramadhan Saifullah (22 Tahun) dan Quentin Cheng (23 Tahun).

Kedua-dua kejohanan ini sangat penting. Jadi, Pan-gon, Maloney dan FAM pastinya akan duduk berbincang bersama-sama dalam usaha mereka membawa skuad terkuat untuk membawa nama Malaysia di peringkat Asia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram