Kim Pan-gon Gugurkan Shahrul Saad
Dunia
Advertisements

Pertahanan kental Harimau Malaya, Shahrul Saad sah digugurkan daripada pasukan menjelang Piala Raja Thailand tidak lama lagi.

Pemain berusia 28 tahun itu pada mulanya tersenarai dalam kalangan 25 orang pemain yang dipanggil menjalani kem latihan kebangsaan.

Walau bagaimanapun, menerusi satu laporan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Kim Pan-gon terpaksa melupakan khidmat pemain JDT ini susulan kecederaan.

Advertisements

Beliau yang menjadi tunjang pertahanan pasukan sejak awal musim telah pun beraksi dalam hampir kesemua perlawanan pada musim ini.

Namun begitu, Zulhelmi mengesahkan bahawa Shahrul tidak akan bersama pasukan untuk berangkat ke Thailand 19 September ini.

Belliau difahamkan mengalami kecederaan dan tidak sempat pulih sepenuhnya menjekang dua perlawanan penting bersama skuad kebangsaan.

Advertisements

Bekas pertahanan Perak ini juga merupakan antara tunjang utama pada bahagian pertahanan Harimau Malaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini selain membuktikan beliau antara pertahanan konsisten pasukan.

Malaysia pula akan turun berdepan tuan rumah, Thailand pada perlawanan pembukaan sebelum menentang sama ada Trinidad & Tobago atau Tajikistan pada perlawanan penentuan tempat seterusnya.

Pan-gon sudah pun membariskan beberapa nama dalam senarai bersedia pasukan dan berkemungkinan akan digantikan tatkala beliau jelas memaklumkan mahu membawa 25 orang pemain pada kejohanan di Chiang Mai ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram