Kim Pan-gon, Hamidin Mengadap TMJ
Dunia
Twitter: HRHJohorII
Advertisements

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon bersama-sama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin telah hadir ke ibu pejabat Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ).

Perjumpaan tiga individu paling berpengaruh dalam industri bola sepak Malaysia itu difahamkan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan bola sepak kebangsaan. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh TMJ di laman twitter rasmi @HRHJohorII.

Sebelum ini, Hamidin dalam satu kenyataan menyebut bahawa beliau tidak menolak kemungkinan TMJ akan dilantik sebagai pengurus pasukan Harimau Malaya memandangkan Piala Asia 2023 juga akan dilangsungkan pada Jun tahun ini.

Advertisements

“TMJ pengurus skuad Harimau Malaya? Mengapa tidak,” ujar Hamidin dalam satu majlis kesyukuran yang diadakan di Wisma FAM tempoh hari.

Untuk rekod, TMJ sebelum ini berkenan untuk menaja proses naik taraf padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan sudah berjumpa dengan Hamidin bagi menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu padang SNBJ siap dinaiktaraf.

Advertisements

Dengan kredibiliti dan kemampuan dari segala aspek, TMJ dijangka tiada masalah untuk membantu skuad Harimau Malaya dari segi dana, fasiliti dan menggunakan pengaruhnya demi memartabatkan bola sepak Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram