Advertisement
Kim Pan-gon: Ini Apa Yang Malaysia Jangkakan Dari Saya
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Perlawanan Piala Asia Qatar 2023 di Doha yang akan berlangsung tidak lama lagi itu menjadi antara cabaran yang besar buat ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon bagi memastikan pasukan negara lebih bersedia menghadapi pihak lawan.

Semasa menjadi ‘orang kuat’ Persatuan Bola Sepak Korea (KFA), pengendali berusia 54 tahun itu pernah berada di kedua-dua Piala Dunia 2018 dan Piala Dunia 2022.

Beliau juga merupakan Pengarah Teknikal bola sepak Korea yang bertanggungjawab melantik bekas ketua jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento.

Menerusi temu bual bersama laman forbes, Kim Pan-gon mengatakan daripada pengalaman yang beliau ada membuatkan Malaysia mengambilnya untuk mengubah corak bola sepak Malaysia ke arah yang lebih baik.

“Inilah Apa Yang Malaysia Jangkakan Dari Saya, iaitu pengetahuan,” kata Kim Pan-gon.

Beliau juga telah berjaya merekodkan peratus kemenangan skuad kebangsaan kepada 66 peratus dan melayakkan Harimau Malaya ke Piala Asia secara merit selepas 43 tahun.

Malaysia akan menghadapi aksi pertama Piala Asia berdepan Jordan pada Selasa, 16 Januari 2024 pada jam 1.30 pagi di Stadium Al Janoub, Qatar.