Kim Pan-gon Jawab Persoalan Dibangkitkan Khalid Ali dan Penyokong Harimau Malaya
Dunia
Khairul / Makanbola
Advertisements

Kim Pan-gon tampil menjawab persoalan dibangkitkan oleh rata-rata penyokong bolasepak tanah air, termasuklah bekas pemain kebangsaan Khalid Ali mengenai pemilihan Kemboja dan Maldives sebagai lawan untuk aksi persahabatan menjelang Piala AFF 2022 pada bulan Disember nanti.

Dua pasukan itu disifatkan Khalid Ali sebagai lawan yang bukan standard Harimau Malaya yang sudahpun layak secara merit ke Piala Asia 2023, apatah lagi berada mereka berada di ranking lebih bawah dari skuad negara.

Malah Khalid juga menegaskan berbanding menentang Kemboja dan Maldives, lebih baik Kim Pan-gon menguji kekuatan skuad kebangsaan dengan menentang kelab Liga Malaysia sahaja, justeru meminta Persatuan Bolasepak Malaysia mencari lawan lebih berkualiti selepas ini.

Advertisements

Menjawab persoalan yang dibangkitkan, Kim Pan-gon berkata pemilihan lawan adalah bersesuaian dengan persiapan Harimau Malaya untuk menghadapi Piala AFF.

“Selepas turut berbincang dengan beberapa pasukan lain serta melakukan penilaian secara dalaman dari pelbagai aspek, akhirnya keputusan dibuat untuk menerima pelawaan daripada pasukan kebangsaan Kemboja dan Maldives untuk dua perlawanan ini.

“Biarpun kedua-dua pasukan ini berada di kedudukan lebih rendah berbanding skuad Harimau Malaya di ranking 146 dunia, dengan Kemboja di ranking 177 dan Maldives di ranking 154, pemilihan ini adalah berpandukan susunan perjalanan pasukan di sepanjang kempen Piala AFF 2022 nanti,” ujar Pan-gon.

Advertisements

Mengikut jadual, Malaysia akan memulakan kempen Piala AFF bertemu Myanmar (ranking 158) pada 21 Disember disusuli Laos (ranking 187) pada 24 Disember; Vietnam (ranking 96) pada 27 Disember sebelum menutup aksi kumpulan menentang Singapura (ranking 160) pada 3 Januari 2023.

“Kemboja merupakan salah satu pasukan dari Kumpulan A yang mana pemilihan pasukan ini sebagai lawan pada perlawanan pemanas badan dilihat bersesuaian dalam usaha kita untuk mengenal pasti perkara-perkara yang perlu diperbaiki selepas pasukan kembali berkumpul untuk kem latihan pusat.

“Kita telah bermain perlawanan menentang Thailand dan Filipina tahun ini dan percaya Kemboja akan menjadi pilihan lawan yang baik untuk persiapan kita kali ini.

Advertisements

“Bagi pertemuan dengan Maldives, lawan yang biarpun bukan dari Asia Tenggara tetapi merupakan juara dua kali Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) pada 2008 dan 2018, selain memiliki corak permainan yang hampir sama dengan pasukan-pasukan Asia Tenggara yang lain.

“Selain itu, Maldives memenangi kedua-dua perlawanan mereka ketika FIFA Days pada September dan merupakan salah satu pasukan terbaru yang telah menentang Laos, pasukan yang akan kita hadapi pada kejohanan nanti.

“Sudah pasti kedua-dua perlawanan pemanas badan ini dilihat bersesuaian dengan persiapan skuad Harimau Malaya terutama menjelang dua perlawanan awal Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 bertemu Myanmar dan Laos, sebelum menentang Vietnam dan Singapura,” tambah pengendali dari Korea Selatan itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram