“Lepas Ini Carilah Pasukan Lebih Baik Sikit” – Khalid Ali
Dunia
Azmaidi Abidin
Advertisements

Bekas pemain Harimau Malaya era 80an, Khalid Ali berharap agar Harimau Malaya mencari lawan yang lebih kuat untuk beradu kekuatan selepas ini.

Perkara ini disuarakan apabila FAM telah pun memutuskan bahawa pasukan kebangsaan akan berdepan dengan Maldives dan juga Kemboja bagi aksi persabahatan Disember ini.

Katanya, anak buah Kim Pan-gon seharusnya mencari lawan yang lebih kuat dalam usaha untuk mengesan kelemahan pasukan sebelum menjelang Piala AFF hujung tahun ini.

Advertisements

“Kita pasukan yang dah layak ke Piala Asia, sepatutnya cari pasukan yang lebih baik.”

“Kedudukan ranking adalah penanda aras yang mencerminkan kekuatan pasukan, jadi patutnya cari ranking lebih baik sikit.”

Advertisements

Namun begitu, beliau tetap percaya bahawa pengendali kelahiran Korea Selatan itu sudah pun mempunyai perancangan tersendiri untuk mempersiapkan pasukan.

“Mungkin Pan-gon ada sebab sendiri, termasuk saya fikir ia hanya sebagai perlawanan latihan saja buat pasukan sebelum ke Piala AFF nanti,”

Advertisements

“Tapi sekali lagi, saya berharap lepas ini carilah pasukan yang tinggi supaya kita dapat tingkatkan permainan, kalah tak mengapa sebab pemain akan belajar sesuatu daripada pasukan yang kuat.”

“Kalau kita kalah dengan pasukan yang lemah, ia akan mengundang kritikan penyokong nanti,” jelasnya oleh Harian Metro.

Advertisements

Dua perlawanan ini akan berlangsung di Malaysia pada 9 Disember berdepan Kemboja di SNBJ sebelum turun di Stadium Cheras menentang Maldives.

Ini merupakan persiapan terakhir sebelum kejohanan Piala AFF menentang Laos pada 24 Disember di SNBJ.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram