Ads
Dunia
Tok Gajah

Ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon kembali melakukan tugasannya apabila beliau dilihat kembali berada di stadium untuk menyaksikan perlawanan Liga Super.

Advertisements

Pengendali yang berasal dari Korea Selatan itu sebelum ini sudah diketahui akan kehadirannya ke stadium untuk melihat perlawanan Liga Super.

Advertisements

Bukan itu sahaja, kehadiran Pan-gon juga telah menjadi perintis kepada pemilihan senarai awal 30 orang pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat skuad kebangsaan.

Advertisements

Advertisements

Setelah pasukan negara mengharungi tempoh yang agak cemerlang sebagai permulaan di bawah era jurulstih berusia 52 tahun ini, beliau mahu untuk terus meninjau kesemua pasukan dalam liga.

Bagi perlawanan Sri Pahang menentang PJ City malam semalam, Pan-gon dan juga barisan kejurulatihannya dilihat berada di Stadium Darul Makmur bagi ’mengintip’ aksi para pemain kedua-dua pasukan.

Advertisements

Malah, kehadirannya juga sudah pasti menjadi tonik terbaik buat para pemain yang beraksi dalam usaha untuk menambat hati Pan-gon.

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya sudah pasti mahu mencari formula terbaik menjelang kelayakan Piala Asia yang berlangsung Jun ini.

Advertisements

Pan-gon sendiri secara terbuka telah pun menyatakan bahawa sasarannya adalah untuk mengutip sekurang-kurangnya 7 mata dan merebut 1 slot yang ditawarkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram