Kim Pan-gon Kenal Pasti 3 Barisan Kapten Masa Hadapan Harimau Malaya
Dunia
fa malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon difahamkan telah pun menyenarai pendek tiga calon untuk mengetuai Harimau Malaya pada kejohanan King’s Cup ini.

Pengendali berusia 54 tahun itu sebelum ini telah pun menaklumkan bahawa beliau sedang melakukan penilaian terhadap pemain yang berpotensi untuk memimpin pasukan.

Menerusi satu kenyataan oleh FAM, mereka memaklumkan bahawa Pan-gon sudah pun memiliki 3 kapten ‘idaman’ beliau.

Advertisements

Individu tersebut difahamkan ialah pemain sayap pasukan JDT, Safawi Rasid dengan dua lagi nama iaitu penyerang negara, Syafiq Ahmad dan juga Dion Cools.

Safawi yang telah menjadi pemain utama negara sejak di bawah era Tan Cheng Hoe jelas kekal mengemudi jentera serangan negara ketika ini.

Syafiq Ahmad yang memiliki reputasi yang amat baik selaku penyerang negara dan sebelum ini pernah menjadi kapten turut dikekalkan memacu pasukan.

Advertisements

Pemain FK Jablonec, Dion Cools turut berada dalam senarai kapten selepas memainkan peranan yang cukup penting buat Harimau Malaya sejak mewakili Malaysia tahun lalu.

Kini, Malaysia berada pada landasan terbaik untuk mengekalkan tahap fiziki dan mental bagi berdepan Thailand pada 22 September ini sebelum menghadapi ujian sebenar dalam aksi bertemu sama ada Tajikistan atau Trinidad & Tobago pada perlawanan berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram