Kim Pan-gon: Kualiti Pemain Malaysia Sangat Tinggi
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengakui teruja dengan kualiti yang dipamerkan setiap pemain Malaysia, bukan seperti yang beliau ramalkan sebelum ini.

Kim Pan-gon menyatakan bahawa beliau sudah mula gembira dengan suasana sebegini. Beliau juga melihat pemain mampu memberikan komitmen penuh kerana niatnya untuk membawa pasukan Malaysia lebih jauh daripada apa yang sudah pemain buktikan kepada beliau.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa tidak menjanjikan setiap perlawanan dengan kemenangan, tetapi beliau mampu berikan 100 peratus untuk skuad Harimau Malaya.

Advertisements

“Kualiti pemain jauh lebih baik daripada yang saya jangkakan. Saya gembira dengan suasana ini apatah lagi saya mendapat sokongan penuh daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).”

“Pemain memberikan komitmen penuh. Jadi semuanya dalam keadaan yang baik. Satu-satunya perkara yang boleh saya lakukan adalah berikan yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka berikan kepada saya,” ujarnya.

“Saya tidak boleh berikan kemenangan dalam setiap perlawanan yang kita harungi tetapi sekurang-kurangnya saya berikan 100 peratus komitmen, fokus dan berjuang untuk anda,” katanya kepada Berita Harian.

Advertisements

Skuad negara kini dalam rangka persiapan mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Brunei pada 27 Mei disusuli berdepan Hong Kong pada 1 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram