Kim Pan-gon Mahu Analisis Semula Kelemahan
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyatakan bahawa beliau perlu segera menganalasis semula kelemahan yang berlaku ketika Malaysia menentang pasukan Thailand malam tadi. 

Beliau menjelaskan bahawa anak buahnya kehilangan fokus dan terleka di hujung permainan menyebakan Thailand mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan. Pan-gon juga mengharapkan kesilapan itu tidak akan berulang lagi pada final nanti. 

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia telah berjaya menewaskan pasukan Thailand menerusi sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam saingan sebenar. 

Advertisements

“Kami akan segera mengkaji semula dan mencari apa yang terjadi dan memperbaiki kelemahan yang ada untuk dikongsi kepada pemain,” jelasnya.

Pengendali berasal dari Korea Selatan itu turut mengakui anak didiknya mendapat tekanan tinggi daripada penyokong skuad Gajah Perang itu, namun, beliau tetap memuji kekentalan dan semangat yang diberikan setiap pemain untuk mengatasi dan sekali gus menewaskan pasukan Thailand.

“Semua yang berlaku kita lihat mengikut keadaan, ada yang mengambil risiko dan mungkin ia berlaku bukan seperti yang dirancang,” katanya. 

Advertisements

Malaysia akan bertemu Tajiskistan dalam aksi finaldi Stadium 700th Anniversary di Chiang Mai, Ahad ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram