Advertisements
Kim Pan-gon: Malaysia Kembali Setelah 43 Tahun Tetapi Mereka Tidak, Keputusan Itu Tidak Mengejutkan
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mahu meletakkan sasaran realistik kepada skuad negara berdepan Korea Selatan pada 25 Januari 2024.

Pengendali berusia 54 tahun itu berjaya membawa Malaysia kembali ke pentas berprestij itu selepas sekian lama tidak mara namun tidak mahu anak buahnya tertekan.

Katanya, persiapan pasukan kini berjalan lancar namun beberapa pemain tidak dapat diturunkan akibat kecederaan setelah tewas kepada Jordan dan Bahrain.

Namun begitu, beliau tetap optimis untuk melakukan persiapan taktikal terbaik berdepan pasukan ke-22 dunia itu untuk terus memastikan pasukannya beraksi sebaik mungkin.

“Kita telah melakukan persiapan taktikal semalam. Terdapat beberapa pemain yang tidak dapat diturunkan akibat tidak cergas sepenuhnya tetapi fokus kita kepad pemain yang ada.”

“Harapnya apa yang pasukan sudah persiapkan akan menjadi.”

Ketika ditanya mengenai harapan besar rakyat untuk melihat perjalanan sama seperti Syria dan Palestine dapat diulang, Pan-gon memiliki pandangan tersendiri.

“Malaysia kembali ke pentas ini setelah 43 tahun, sedangkan mereka (Syria dan Palestine) sering memasuki Piala Asia.”

“Malaysia perlu memastikan bahawa pasukan layak lebih kerap dahulu baru kita pergi ke sasaran seterusnya. Keputusan yang mereka (Syria dan Palestine) peroleh itu tidak mengejutkan,” ujarnya kepada Astro Arena.

Malaysia akan bertemu Korea Selatan pada 25 Januari 2024 jam 7:30 malam selain berpeluang untuk meraih tambahan +29 mata FIFA kali ini.