Kim Pan-gon: Pemain Akan Tunjuk Model Permainan Yang Dirancang
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon yakin bahawa skuad kendaliannya bakal menerapkan model permainan seperti yang telah dirancang.

Ketika beliau ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum skuad Harimau Malaya berangkat ke Singapura, KPG menjelaskan bahawa beliau amat berpuas hati dengan komitmen para pemain sepanjang kem latihan Harimau Malaya.

“Saya berpuas hati dengan sesi latihan yang kita lakukan di mana pemain dapat menyesuaikan diri dengan cepat apabila kita membantu mereka dengan pelbagai maklumat pada sesi latihan. Kita berkomunikasi dengan baik untuk membantu mereka.”

Advertisements

Pengendali yang berusia 52 tahun ini juga menyimpulkan bahawa barisan pemain kali ini memiliki kualiti dan mereka bakal menterjemahkan kemampuan sebenar pada aksi FAS Tri-Nations Series 2022 kelak.

“Saya yakin dengan apa yang sudah mereka tunjukkan pada sesi latihan. Saya sudah melihat kualiti mereka dan mereka boleh buktikan kemampuan mereka pada perlawanan sebenar nanti.”

Dalam pada itu, KPG menggesa penyokong Harimau Malaya untuk sentiasa sabar dan percaya kepada proses yang sedang dijalankan. Tambah Pan-gon, para pemain ini bukan mesin atau komputer, mereka juga perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan taktikal baharu.

Advertisements

“Cuma kita pun perlu bersabar kerana pemain bukan mesin, mereka adalah manusia yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan maklumat baharu yang diterima. Mereka bukan komputer yang boleh bertindak serta merta.”

“Pemain bukan mesin atau komputer yang boleh terima semua taktikal yang diterapkan dalam sekelip mata,” ujar Kim Pan-gon kepada Cakap Sukan.

Skuad Harimau Malaya telah berlepas ke Singapura bagi menghadapi aksi pertama FAS Tri-Nations pada esok hari, 23 Mac menentang pasukan Filipina.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram