Kim Pan-gon Bakal Pertaruhkan Pemain Muda Di King’s Cup
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon dijangka bakal membuka ruang buat para pemain muda negara untuk mengisi slot bagi menghadapi kejohanan King’s Cup di Thailand.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu dikesan beberapa kali mengekori rapat persembahan anak didik bekas jurulatih bawah 23 tahun negara, Brad Maloney dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Pan-gon kini dalam usaha untuk mewujudkan kesinambungan dalam antara skuad senior dan juga junior ketika kejohanan ini dirasakan detik terbaik untuk memberi pendedahan kepada pemain muda negara.

Advertisements

Usaha awal yang cuba diketengahkan ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain muda untuk mneyesuaikan diri dengan falsafah dan corak permainan yang diterapkan oleh Pan-gon.

“Kita minta pandangan jurulatih untuk mengetengahkan pemain muda kerana kita perlu ada kesinambungan daripada B-23 tahun dengan pasukan kebangsaan.”

Malah, menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar, beliau percaya usaha ini perlu disegerakan dan yakin King’s Cup merupakan medan terbaik.

Advertisements

“Kita perlu lakukan segera kerana pasukan kebangsaan akan dikumpulkan untuk Kings Cup September nanti,” jelasnya.

Pan-gon yang dilihat kerap ke stadium bagi membuat analisis terhadap perestasi pemain juga sudah pasti mempunyai perancangan rapi untuk membawa beberapa muka baharu ke dalam skuadnya.

“Ini adalah masanya untuk Pan-gon kerana beliau sudah pun melihat pemain B-23 tahun kita yang beraksi di dalam liga dan juga semasa pertandingan B-23 sebelum ini, jadi beliau mungkin akan memanggil pemain-pemain ini.”

Advertisements

Kejohanan ini menjadi medan terbaik buat para pemain untuk membuat persediaan sebelum menghadapi saingan Piala AFF 2022 yang akan berlangsung pada bulan Disember ini dan dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram