Kim Pan-gon Pilih Azri Ghani
Harimau Malaya
KL City FC
Advertisements

Susulan kecederaan yang dialami penjaga gol Sabah FC, Damien Lim, jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon telah memanggil Azri Ghani untuk menyertai kem Harimau Malaya.

Keputusan ini diumumkan di laman media sosial rasmi FAM hari ini. Azri sebelum ini sebahagian daripada 20 pemain dalam senarai bersedia sekiranya ada situasi luar jangka menimpa 26 pemain yang dipanggil Pan-gon.

Selain penjaga gol KL City FC itu, dua lagi penjaga gol yang diletakkan dalam senarai sama ialah Samuel Somerville (Selangor FC) dan Zarif Irfan Hashimuddin (Sri Pahang FC).

Advertisements

Dengan pemilihan ini, Azri menjadi wakil The City Boys kedua dalam skuad kebangsaan selepas kapten mereka, Paulo Josue.

Azri dijangka akan bersaing dengan Syihan Hazmi Mohamed (Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk slot penjaga gol utama negara.

Susulan kecederaan yang menimpa penjaga gol utama Kevin Ray Mendoza, Azri membuktikan keupayaannya mengawal gawang KL City dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Advertisements

Bersaing dengan seorang lagi penjaga gol muda Azim Al Amin Kamaruddin, beliau membuat 10 penampilan dalam Liga M musim ini. Dalam tempoh tersebut, Azri berjaya memastikan gawang The City Boys tidak bolos sebanyak empat kali.

Kali terakhir beliau diturunkan ialah dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia menentang Penang pada 18 Ogos lalu.

Biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain, Azri memastikan gawang tuan rumah tidak dibolosi dengan gol Tchetche Kipre memastikan The City Boys layak ke suku akhir.

Advertisements

Selain memilih Azri menyertai kem Harimau Malaya, Pan-gon turut mengumumkan pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hong Wan terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan.

25 pemain yang dipanggil Kim Pan-gon akan memulakan sesi latihan hari ini di Wisma FAM, Kelana Jaya. Mereka kemudiannya dijangka terbang ke China dua hari sebelum perlawanan iaitu pada 4 September 2023.

Untuk kalendar antarabangsa FIFA kali ini, Malaysia bakal berdepan Syria dan China di Chengdu, China pada 6 dan 9 September ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram